July 13, 2012

Shark @ Semporna


Malam sebelumnya..
Shark yang asalnya sangat teruja nak jumpa dengan kanak-kanak KIDS kat Kg Bangau-Bangau Sabah; tak bersedia sampaila sehari sebelum berangkat. Malam sebelum berangkat, Shark melilau dengan kawan mencari hand sanitizer and chalk. Actually Shark ingat ‘touch screen generation’ ni dah tak pakai kapur kat sekolah, rupanya Shark salah. Masih ada; Shark excited kot! ^_^. Dah lama tak conteng-conteng kat papan hitam.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hari pertama yang istimewa
‘…aku anak kampung, tiada perlajaran, kuli-kuli sahaja, memang tidak sepadan…’ –Jimmy Palikat
Lagu terkenal yang sangat synonym dengan Sabah.
Macam team K.I.D.S yang lain, Shark turun ke Sabah bersama-sama dengan Mazuin; tunjang K.I.D.S Malaysia. Perjalanan yang mengambil masa lebih lama dari sangkaan Shark ni berjalan dengan lancar dan selamat.
Di saat kami tiba di Lapangan Terbang Tawau, Arwanto dah pun menunggu dan dengan segera, kami bertolak ke Semporna. Perjalanan lebih kurang 2 jam untuk ke Semporna ini merentasi ladang-ladang kelapa sawit dan Arwanto sempat berkongsi kisah cerita sejarah nama Semporna kat kami. (Duta kecil Semporna ^_^).
Shark, Mazuin & Arwanto sampai tempat penginapan kami yang tak jauh daripada Kg Bangau-Bangau. Shark sempat solat & berdoa agar perjalanan pergi-balik kami berjalan dengan lancar dan dirahmati pencipta yang Maha Agung. Lepas makan, kami terus ke Kg Bangau-Bangau.
Macamana terujanya kanak-kanak mendapat gula-gula, macam tu jugalah terujanya Shark pabila kami sampai di Kg Bangau-Bangau. Kg Bangau-Bangau merupakan kampung atas air, maka, laluan jalan juga di atas air. –Pengalaman pertama buat Shark; EXCITED!!
Aktiviti dimulakan dengan sesi pendaftaran. Oleh kerana Mazuin dan Arwanto lebih berpengalaman dengan keadaan disini, Shark memainkan peranan mengambil gambar. Shark yang memang sukakan kanak-kanak sangat gembira melihat kanak-kanak Kg Bangau-Bangau yang kelihatan gembira dan tak sabar untuk memulakan kelas. Macam-macam gelagat yang Shark dapat lihat dan Shark sempat merakamnya dengan lensa kamera.
Selesai sesi pendaftaran dan susunan kumpulan, kelas dimulakan dengan ‘recall’ memori kanak-kanak ini dengan sesi perlajaran yang lepas, dari A-ke I. Kemudian, kelas diteruskan dengan mempelajari huruf baru; J,K,L.
Shark rasa kanak-kanak yang menghadiri kelas termasuk yang menumpang dengar di luar Balai Raya Kg Bangau-Bangau ni semuanya berseronok dengan kelas, sama seperti Shark.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pertemuan tidak disangka!
Selepas selesai kesemua kelas di hari pertama, Shark, Mazuin & Arwanto pulang ke tempat penginapan kami untuk mandi, berehat sebentar dan kemudiannya makan malam. Kami kemudiannya singgah di pasaraya disini mencari buku cerita khas untuk kanak-kanak K.I.D.S Malaysia. Rancangan kami adalah untuk mengasingkan kelas bagi kanak-kanak yang didapati telahpun sedia mahir dengan A-Z dan boleh membaca.
Pulang ke tempat penginapan,kami sedikit pelik melihat tempat letak kenderaan disekitar, penuh dengan kenderaan FWD. Kami membuat pelbagai andaian sehinggalah Arwanto kemudiannya memberitahu sesuatu yang membuat Shark & Mazuin ‘excited’. Jadi, untuk mengesahkan andaian yang dibuat, kami pun terus ke lobi untuk bertanya dengan staff tempat penginapanà semestinya sedikit lakonan terpaksa dibuat untuk menyembunyikan tujuan sebenar. Guess what…?? Its true! Wahhhh…. Menteri Luar Bandar & Wilayah merangkap ADUN Semporna dan rombongan sedang makan malam di restorant di tempat penginapan kami!!!!
‘Pucuk dicita, ulam mendatang’..’bagai mengantuk disorongkan bantal’…;sememangnya kami menunggu peluang untuk berjumpa Datuk Seri Mohd Shapie Apdal untuk berkongsi cerita impian K.I.D.S Malaysia dan semestinya kami mengharapkan sokongan beliau kepada K.I.D.S Malaysia.
Kami mengambil keputusan untuk menunggu dan ‘terjah’ selepas selesai makan malam beliau dengan rombongan. Dan………hehehehe…Berjaya! We able to get his PR phone no!!!! Alhamdulillah, dan semestinya selepas tu kami sangat gembira dan tidur dengan nyenyak; harapan kami agar Datuk Seri akan dapat membantu kami dalam usaha membantu kanak-kanak di Kg Bangau-Bangau ini. Kami percaya bahawa sokongan beliau sebagai ADUN Semporna & juga Menteri Luar Bandar & Wilayah akan membantu K.I.D.S untuk lebih pergi jauh. Shark harap segala urusan yang bakal dilakukan antara K.I.D.S dengan wakil Datuk Seri akan berjalan dengan baik dengan hasil yang positif. Ameen..
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hari kedua – Selamat tinggal Kg Bangau-Bangau, Selamat tinggal murid-murid tersayang..<3 <3 <3
Dihari kedua yang indah di Semporna, kami meneruskan sesi yang sama dengan ahli kumpulan yang berbeza. Mempelajari abjad baru J,K & L serta mengulangi perlajaran yang lepas. Sesi disebelah petang sedikit berbeza disebabkan kami khaskan sesi tersebut untuk kanak-kanak yang didapati telahpun boleh membaca; sebahagiannya diajar oleh ibu bapa mereka sendiri.
Selesai keseluruhan sesi, kami bergegas terus ke Lapangan Terbang Tawau. Shark tidur sepanjang perjalanan dari Semporna ke Tawau; tiada lagi sesi perlajaran tentang sejarah Semporna ;).
Secara umumnya Shark sangat teruja dan bergembira sepanjang 2 hari di Semporna, terutamanya pabila diberi peluang untuk mengisi masa hujung minggu Shark dengan lebih bermanfaat seperti ini.
“There are only two ways to live your life. One is as though nothing is a miracle. The other is as though everything is a miracle.” 
 
Albert Einstein
Shark rasakan hidup kanak-kanak di Kg Bangau-Bangau sangat istimewa. Shark sangat tak sangka untuk melihat bukan sahaja rumah-rumah penduduk Kg Bangau-Bangau di atas air, tetapi semua aktiviti juga dilakukan di atas air; kedai runcit, pasar, kedai kopi, ‘cyber café, dan lain-lain termasuk reban ayam! Shark ketawakan diri sendiri dan ‘tabik spring’ untuk kanak-kanak kecil dengan kaki kecil yang comel mampu berlari di atas jalan air yang berlubang-lubang ketika Shark terkapai-kapai dan menyebabkan laluan jalan menjadi jem sebab Shark bergerak lambat! Hahaha..
Shark percaya bahawa setiap kekurangan ada kelebihan dan setiap kelebihan ada kekurangan. Mereka hebat dengan hidup dan cara yang tersendiri. Kehadiran Team K.I.D.S di Kg Bangau-Bangau bukan sahaja untuk mendidik dan berkongsi ilmu, tapi, secara tak langsung, kami juga turut belajar sesuatu dari mereka.  Semoga K.I.D.S Malaysia akan terus maju kehadapan dengan momentum yang lebih baik, dengan lebih sokongan dan semangat dari semua warga Malaysia khususnya, demi kebaikan kita semua, rakyat Malaysia..dan generasi muda..PEACE.
-Shakira@Shark-

No comments:

Post a Comment