10 dan 11 Disember 2011.
Antara hari yang aku takkan lupa. Bermulanya projek K.I.D.S di Semporna, Sabah. Perjalanan ke airport bermula dalam pagi dinihari di LCCT. Mata jangan cakap la kan. Lebam di sebabkan rehat yang tak cukup. Tapi bagi aku ok saja sebab ada teman yang boleh di ajak bersembang waktu tu.
Kami sampai di airport dalam subuh, dan flig
ht dalam pukul 7. Makan sarapan terus saja dalam flight, dan dalam masa 2 jam, kami touchdown di airport Tawau.
Mazuin menghubungi Arwanto, sementara aku melilau mencari mesin ATM Maybank, di mana hanya ada satu saja yang wujud di airport tu. Itupun kad aku tak boleh di baca. Terus saja melangkah pergi ke kereta Arwanto, dengan duit yang masih lagi tersimpan dalam bank.
Ingatkan sekejap saja. Hampir 2 jam juga perjalanan dari Tawau ke Se
mporna. Aku tak pasti apa yang di perbualkan oleh Mazuin dan Arwanto, sebab masa tu aku dah terlelap kesedapan di belakang kereta. Sampai sahaja di Semporna, kami di sajikan dengan pemandangan indah Laut China Selatan, di samping pelbagai ragam manusia yang berada di pekan.
Kami check in, dan berehat seketika sebelum memulakan pelaksanaan aktiviti. Selepas berbincang perkara yang sepatutnya, kami pun mula bergerak ke kawasan yang di maksudkan.
Kg. Bangau-bangau. Destinasi yang pertama. Perasaan gemuruh mula meyelubungi diri. Mungkin di sebabkan pandangan mata orang ramai. Atau mungkin juga suasana asing. Atau mungkin juga pelbagai perasaan berbaur-baur yang bercampur dalam diri.
Pertama kali meniti jambatan air, seolah - olah mahu tersentap jantung. Menjerit kecil juga terkadang, apabila sedang enak berjalan, bersua dengan jambatan yang tiba-tiba berlubang di tengah. Namun, orang sekeliling seolah-olah tidak menghiraukan dengan berjalan di hadapan tanpa risau jatuh sedikit pun.Setelah membiasakan diri berjalan terjingkit-jingkit, kami sampai juga di rumah Panglima Bajau Laut. Panglima masih berada di pekan sewaktu di hubungi, jadi kami menunggu malas di balai raya kampung air itu. Cuba membiasakan diri dengan pandangan mata penduduk kampung.Kanak-kanak terjun dan berenang dengan selamba di bawah laut. Ibu - ibu duduk terbaring di depan pintu mengambil angin. Peniaga menjual sabun, cecair sabun dan sebagainya di dalam plastik panjang aiskrim. Semuanya pemandangan biasa di sini.Terlalu banyak untuk di ceritakan semuanya disini. Chapter seterusnya adalah bagaimana penerimaan orang kampung berkenaan K.I.D.S. Nantikan
No comments:
Post a Comment