March 20, 2012

11-12 FEBRUARI 2012: AKTIVITI MEWARNA.

Nama saya Siti Aishah, berumur 26 tahun, berasal dariPulau Pinang dan memegang status sebagai pelajar dan juga ahli perniagaan.Saya mengetahui mengenai KIDS melalui kawan baik saya dan berdasarkanpersahabatan saya dan beliau saya pasti ada sebab kukuh kenapa KIDS iniditubuhkan dan pengalaman bekerjasama dengan rakan-rakan KIDS yang lainmerupakan pengalaman yang sangat berharga bagi diri saya, Giliran saya untuk membuat aktiviti melukisdan mewarna dijadualkan pada 11 dan 12 Februari 2012 iaitu hari Sabtu dan Ahad.Saya tiba di Kuala Lumpur pada hari Jumaat dan membeli alat tulis danperalatan2 yang diperlukan untuk dibawa ke Semporna dan saya telah memilihsalah satu Departmental Store di ibu kota yang menawarkan pensel warna ygdijual pada harga borong. Walaupun saya berasa agak janggal memilih penselwarna yg murah dan tidaklah berjenama akan tetapi saya yakin, sebagai permulaanbiarlah kami berjimat cermat untuk memastikan kelangsungan projek ini .

Pertama kali menjejakkan kaki ke negeri di bawahbayu/angin membuatkan diri berasa gugup dan gementar untuk berhadapan dgnhampir 400 adik2 yang menunggu di Kampung Bangau2, Semporna ,Sabah.tiba di LapanganTerbang Tawau pada hari sabtu jam 11 pagi dan bergegas mendapatkan kereta sewasupaya sempat menjalan kelas tepat jam 2 petang. sewaktu memandu pelbagaiandaian dan perasaan berlegar di fikiran tetapi saya cuba untuk tidak mempunyaisebarang persepsi sebelum menghabiskan keseluruhan program. Pemandangandi sepanjang perjalanan tidak banyak bezanya dengan negeri semenanjung, ada sesetengah kawasan seolah2 berada di KualaKetil,Kedah ada kawasan seolah2 di Rantau Panjang, Kelantan, ada yang seolah2di Klang, selangor jadi terdetik di hati bagaimana keadaannya di Sempornananti.Sampai di Semporna,saya dan Mazuin terus ke destinasi tujuan.Alhamdullilah sempat sampai ke lokasi jam 1.30 petang.

Untuk menuju ke balai raya kami terpaksa meniti jambatan kayu sebab semua rumahdibina atas air. Sambil berjalan dan melihat setiap rumah di kiri dan kananyang saya rasa tidak banyak bezanya akan tetapi akhirnya saya terpaksa memfokuskan pandangan ke titi walaupun sebenarnya penduduk kawasanseolah-olah pejam mata pun boleh jalan dengan jayanya. (Sambil berfikir macammana orang yang sakit jantung nak lalu, sebab macam nak luruh jantung bilatersilap pijak papan dan rasa bergoyang2 seolah2 mahu jatuh ke dalam air itu).

Dan akhirnya tiba ke balai raya dan kami terus menyusunmeja dan kerusi kemudiannya menyembur Febreeze sambil melihat Mazuin dahdikerumuni ibu bapa dan anak murid yg asyik bertanyakan tentangg kelas mingguni. Tak kurang jugak ibu bapa yg mahu mendaftarkan anak walaupun pendaftaran sudahditutup.Berkenalan dgn Rina, seorang yang manis dan mudah mesra dan bersemangatuntuk menyertai aktiviti pada hari tersebut. Setelah selesai menyusun danmengatur meja dan peralatan ,dan proses mencuci tangan menggunakan Dettolsanitizer , sesi pertama kelas di mulakan.
Gambar permulaan kelas iaitu kanak-kanak diberipendedahan mengenai cara mencuci tangan yang betul dan disebabkan masalahkemudahan air bersih, Dettol Sanitizer digunakan.

Aktiviti minggu ini ialah mewarna, di samping mengajaradik2 melukis dan mewarna, diselitkan dgn mengira, mengecam bentuk dan mengenalwarna. Boleh dikatakan semua adik2 berdebar2 sewaktu masuk ke kelas malahan adayang sangat gembira apabila dapat menggunakan pensel warna. Pada lima hinggasepuluh minit yang pertama antara ayat yang selalu disebut oleh adik2 ialah, 'cikgu, saya tidak pandai', malahan ada yang tidak mahu mencuba kerana takutsalah. Tetapi setelah ditunjuk ajar mereka lebih berani dan berjaya untukmelengkapkan lukisan dan mewarna. Boleh dikatakan empat sesi kelas pada sabtupetang berjalan dengan lancar dan semua adik2 berjaya melukis dan mewarna .


Gambarmenunjukkan aktiviti mengenal warna sebelum proses mewarna.
Jam enam petang ,kami mengemas balai raya dan bersiap2 utk menjamu selera di cafe ygberdekatan dan check in keChalet Dragon Inn untuk merehatkan badan untuk aktiviti hari esok.
Hari kedua bagi saya bermula jam lima pagi, cuba utkmelihat matahari naik dan menikmati keindahan semulajadi di bandar sempornaini. Bersiap2 dan dan setelah sarapan pagi kami bergerak ke Kampung Bangau-Bangauyang mengambil masa sepuluh minit sahaja menaiki kereta. Kelas dimulakanseperti biasa dan aktiviti pada hari ini dijalankan dan sekali lagi membuatkansaya bersyukur dengan kemudahan pendidikan yang telah saya terima sejak dariumur enam tahun. Tidak dinafikan ada diantara adik2 di sini yangmempunyai pengetahuan asas membaca akan tetapi ada kisah-kisah yang terselitdisebalik senyuman wajah mereka. Salah seorang adik menceritakan sejak rumahterbakar yang turut memusnahkan dokumen pengenalan diri menyebabkankan adik itutidak dapat didaftarkan di sekolah kerajaan.Walaupun kesahihan cerita ini tidakdapat saya pastikan , saya berpendapat usaha KIDS untuk memberi pendidikan asaskepada kanak-kanak di Semporna ini adalah usaha yang murni dah harus disokongoleh masyarakat.

Setelah lengkap semua kelas dijalankan mengkiut jadual tibalah masa untuksaya kembali ke tugas asal saya akan tetapi pengalaman ini memberi saya satusemangat iaitu semangat membantu orang lain. Anda mungkin tidak dapat menyertaikami mungkin atas faktor masa , lokasi atau komitmen tidak mengapa kerana sayapasti kita masih boleh menyebarkan budi baik untuk membantu ahli keluargaterdekat mahupun jiran tetangga yang diperlukan. Saya percaya jika kita semuamenghargai insan sekeliling dan sentiasa menyebarkan hasrat murni dan menolongsatu sama lain kita bakal mencapai keharmonian dalam masyarakat sekaligus dapatmenjadi negara yang maju. Kepada pembaca blog KIDS yang sudi menghulurkanbantuan dari segi tenaga, barang-barang, sumbangan idea dan cadangan amatlahkami alu-alukan. Sokongan dan Doa juga diperlukan untuk memudahkan kelancarandan keberkesanan program ini.

No comments:

Post a Comment