January 25, 2012

PENGALAMANKU

Salam & hello….

Aku diminta untuk menulis diblog ini bagi menceritakan perjalanan dan perasaan aku ketika menyertai trip K.I.D.S Malaysia di Sabah pada 31/12/2011 sehingga
1/1/2012…Penghujung dan pembukaan tahun dan tarikh yang akan aku ingat mungkin hingga akhir hayat…
Sebelum coretan ini pergi lebih jauh aku ingin memperkenalkan diri aku terlebih dahulu…Namaku Sharifah Hafizah bt Syed Abdul Rahim atau lebih m
esra dipanggil “Sha” oleh teman-teman K.I.D.S…Bagaimana aku boleh menyertai K.I.D.S Malaysia???Bermula dengan idea Mazuin yang ingin menubuhkan persatuan beliau sendiri aku jadi tertarik dan niat utama aku adalah untuk melakukan sesutu yang berbeza dari rutin harianku…Jadi bermulalah langkahku bersama 10 orang lagi teman-temanku yang lain di K.I.D.S Malaysia…Bermula sebagai penyokong setia Mazuin ketika beliau menyertai rancangan realiti iaitu “Sejuta Impian” sehinggalah saat ini aku masih setia menyokong idea asal K.I.D.S Malaysia…

Okay baiklah berbalik kepada tujuan asal aku menulis blog ini…Perjalanan selama 2jam ½ dari LCCT ke Tawau hanya dimanfaatkan dengan tidur mungkin disebabkan aku terlalu penat kerana hari sebelum itu aku bekerja sehingga lewat malam…Sebaik sampai di Lapangan Terbang Tawau kedatangan kami disambut oleh Arwanto yang sememangnya telah menunggu kami di situ…Perjalanan dari Tawau ke Semporna mengambil masa selama 2 jam aku hanya lebih senang untuk melihat suasana di kiri dan kanan aku iaitu Ladang Kelapa Sawit tidak banyak yang aku borakkan denga Mazuin mahupun Arwanto…Dalam kotak fikiran aku masih tidak dapat bayangkan bagaimana kehidupan masyarakat di Kampung Bangau-bangau…Apabila sampai di Semporna kami terus check in di hotel dan selepas itu kami ke Mabul Café untuk lunch dan berjumpa dengan Ardy wartawan Harian Metro yang akan turut serta dalam trip kali ini..

Selepas lunch dan berbincang tentang aktiviti yang akan dilakukan keesokan hari kami meneruskan perjalanan ke Kampung Bangau-bangau perjalanan hanya kurang dari 10 minit dari Mabul Café ke Kampung Bangau-bangau…Pada petang itu kami ke kampong bangau-bangau untuk melihat balai raya yang akan digunakan sebagai tempat mengajar dan memberi reminder kepada keluarga-keluarga yang terlibat dengan aktiviti K.I.D.S esok…Sebaik sahaja aku sampai di Kampung bangau-bangau aku agak tergamam…mungkin suasana di kampong itu agak asing bagi diri ku…Jika di semenanjung rumah-rumah dihubungkan oleh jalan tar atau paling tidak jalan tanah merah tetapi sebaliknya disini….rumah-rumah mereka diperbuat dari papan dan jalan penghubung adalah titi kayu…Secara jujurnya aku agak takut untuk berjalan di atas titi tersebut ditambah lagi dengan kondisi titi kayu yang tidak begitu stabil…Aku tidak seperti Arwanto yang kelihatan sangat kool dan relax apabila berjalan di atas titi kayu itu…


Sebaik sahaja selesai dengan aktiviti berkunjung ke rumah-rumah yang akan terlibat dengan aktiviti kami esok, aku berdiri di satu sudut sementara menuggu Mazuin dan Arwanto yang sedang berbincang dengan salah seorang penduduk kampung tersebut aku memerhatikan keadaan sekeliling…Dalam pemerhatian aku rumah-rumah mereka diperbuat dari papan..rumah mereka kecil mungkin satu rumah hanya ada 1 bilik atau langsung tiada bilik…Setiap rumah mungin mempunyai bilangan ahli keluarga melebihi 5 orang minimum…Cara percakapan mereka agak berbeza dan kadang kala agak sukar difahami…Kanak-kanak bebas bermain di atas titi kayu seawal usia 1 tahun tanpa pengawasan orang dewasa…ada yang tidak berselipar ataupun berpakaian…Apa yang boleh aku katakan 8 daripada 10 wanita di situ pasti mengandung…ini sesuatu yang memeranjatkan aku…tetapi ada yang lebih memeranjatkan aku apabila ada ibu-ibu yang tidak kenal anak-anak mereka…ada yang tidak tahu nama anak-anak mereka mahupun umur anak-anak mereka…dari sudut kebersihan pula agak kurang menyenangkan….bekalan air bersih disini agak terhad….pakaian mereka dicuci dengan air laut yg juga tempat mereka membuang segala sisa buangan mereka….apa yang boleh aku katakana kehidupan mereka sangat naïf jika dibandingkan dengan kemajuan Negara kita sekarang…pada saat itu aku terfikir adakah aku masih berada di Malaysia???jauh disudut hati aku bersyukur dilahirkan sebagaimana aku sekarang…Dalam hati aku berkata masih banyak yang perlu dilakukan disini….

Selepas itu kami pulang ke hotel untuk berehat dan jam 7 kami akan keluar untuk dinner dan membeli alat tulis untuk diberikan kepada kanak-kanak yang terlibat dengan aktiviti esok…keadaan di pekan semporna agak sesak sedikit mungin malam itu adalah malam tahun baru mungkin ramai yang keluar untuk menyambut kedatangan tahun 2012…Suasana yang jarang aku jumpa di KL membuatkan aku agak takut…Disana mereka bebas untuk membeli minuman keras dan jangan teperanjat harganya sangat murah…Minuman keras boleh didapati dengan harga serendah RM2.00 sebotol sama harga dengan Coke….Aku agak kecewa dengan sikap beberapa orang pekerja di salah sebuah pasar raya di pekan tersebut yang sememangnya agak kurang ajar…Langsung tidak menghormati customer…Selepas dinner kami terus pulang ke hotel untuk berehat sebelum memulakan hari esok…


Tepat jam 7 pagi kami bergerak ke kampung bangau-bangau untuk memulakan misi kami…aktiviti di mulakan dengan set up kan tempat mengajar dan barangan yang akan diberikan kepada kanak-kanak yang akan menghadiri kelas kami…Jam 8 pendaftaran dan kelas bermula…Untuk kelas yang pertama jumlah pelajar agak kurang ramai mungkin terlalu awal bagi mereka...dan jumlah kanak-kanak bertambah untuk sesi yang berikutnya…Pada perancangan awal Mazuin akan mengajar A-J dan 1-10 tapi disebabkan kesuntukan masa Mazuin dapat mengajar A-C untuk setiap sesi (7 sesi semuanya)..Secara peribadi itu merupakan permulaan yang baik kerana sekurang-kurangnya kanak-kanak tersebut dapat mengenal A,B & C dan dapat memengang pensil sebab ade sesetengah kanak-kanak yang langsung tidak pernah memegang pensil…Mazuin dapat menarik minat beberapa orang kanak-kanak untuk datang sekali lagi ke kelas beliau haha…

Kelas berakhir pada jam 4 petang dan diikuti dengan pendaftaran pelajar baru…Pada waktu ini suasana agak tegang sedikit kerana ramai ibu bapa yang ingin mendaftar anak-anak mereka…Ada yang menangis dan tidak mahu berganjak apabila kami memberitahu pendaftaran sudah ditutup dan kelas sudah penuh…selepas berkemas kami terus bergerak ke lapangan terbang….sepanjang perjalanan aku masih terfikirkan kampong bangau-bangau,masyarakat di situ dan kanak-kanak tersebut…tanggungjawab yang digalas oleh K.I.D.S Malaysia agak berat…K.I.D.S perlu bekerja dengan lebih kuat agar nasib kanak-kanak itu lebih terbela….
Saat aku menulis blog ini aku agak rushing maaf sekiranya apa yang aku tulis ada menyinggung mana-mana pihak…dan FYI aku mempunyai masalah internet sekarang jadi blog ini akan di postkan oleh Aswad on behalf of me…
SHA

January 12, 2012

The First Encounter

10 dan 11 Disember 2011.

Antara hari yang aku takkan lupa. Bermulanya projek K.I.D.S di Semporna, Sabah. Perjalanan ke airport bermula dalam pagi dinihari di LCCT. Mata jangan cakap la kan. Lebam di sebabkan rehat yang tak cukup. Tapi bagi aku ok saja sebab ada teman yang boleh di ajak bersembang waktu tu.

Kami sampai di airport dalam subuh, dan flig
ht dalam pukul 7. Makan sarapan terus saja dalam flight, dan dalam masa 2 jam, kami touchdown di airport Tawau.

Mazuin menghubungi Arwanto, sementara aku melilau mencari mesin ATM Maybank, di mana hanya ada satu saja yang wujud di airport tu. Itupun kad aku tak boleh di baca. Terus saja melangkah pergi ke kereta Arwanto, dengan duit yang masih lagi tersimpan dalam bank.


Ingatkan sekejap saja. Hampir 2 jam juga perjalanan dari Tawau ke Se
mporna. Aku tak pasti apa yang di perbualkan oleh Mazuin dan Arwanto, sebab masa tu aku dah terlelap kesedapan di belakang kereta. Sampai sahaja di Semporna, kami di sajikan dengan pemandangan indah Laut China Selatan, di samping pelbagai ragam manusia yang berada di pekan.

Kami check in, dan berehat seketika sebelum memulakan pelaksanaan aktiviti. Selepas berbincang perkara yang sepatutnya, kami pun mula bergerak ke kawasan yang di maksudkan.

Kg. Bangau-bangau. Destinasi yang pertama. Perasaan gemuruh mula meyelubungi diri. Mungkin di sebabkan pandangan mata orang ramai. Atau mungkin juga suasana asing. Atau mungkin juga pelbagai perasaan berbaur-baur yang bercampur dalam diri.


Pertama kali meniti jambatan air, seolah - olah mahu tersentap jantung. Menjerit kecil juga terkadang, apabila sedang enak berjalan, bersua dengan jambatan yang tiba-tiba berlubang di tengah. Namun, orang sekeliling seolah-olah tidak menghiraukan dengan berjalan di hadapan tanpa risau jatuh sedikit pun.Setelah membiasakan diri berjalan terjingkit-jingkit, kami sampai juga di rumah Panglima Bajau Laut. Panglima masih berada di pekan sewaktu di hubungi, jadi kami menunggu malas di balai raya kampung air itu. Cuba membiasakan diri dengan pandangan mata penduduk kampung.Kanak-kanak terjun dan berenang dengan selamba di bawah laut. Ibu - ibu duduk terbaring di depan pintu mengambil angin. Peniaga menjual sabun, cecair sabun dan sebagainya di dalam plastik panjang aiskrim. Semuanya pemandangan biasa di sini.Terlalu banyak untuk di ceritakan semuanya disini. Chapter seterusnya adalah bagaimana penerimaan orang kampung berkenaan K.I.D.S. Nantikan


January 7, 2012

Greetings from K.I.D.S Malaysia

Hello and welcome to our blog!

Some of you may have heard of us through word of mouth.
Some of you may have met us in Himpunan Sejuta Belia 2011 in Putrajaya.
Some of you may have seen us on Sejuta Impian TV3.
Some of you may have been with us hands-on in Semporna, Sabah.

Who are we?
Simply put, we are an organization of youngsters aimed at helping the street children and the undocumented children of Malaysia...starting in Sabah.
(Check out the 'Beginnings' tab and 'Our People' to learn more about our history and committee)

Why Sabah?
Because Sabah has 80% of the Malaysian street children population, with the majority of them being from the Bajau Laut clan. They have been around for generations and sadly, some of them are not even registered as Malaysian citizens. As a result, they have no access to public schools and even to basic healthcare. And we, K.I.D.S Malaysia, want to do something about it.

So stay tuned for our future posts, chronicling our every visit to Sabah, our future plans and our collective experiences in this mission. We sincerely hope you help spread the word of our cause and perhaps one day join us in our missions in Sabah.

Sincerely, from K.I.D.S Malaysia.